Sheikh
Ad-Dumairi dalam kitabnya “Hayatul Hayawan” berkata, ia menerima
pelajaran dari gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As’ad, dari gurunya
Al Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray, dari gurunya Abu Rubai’
Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir dan berdoa selesai solat
lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah
dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan
musuhnya. Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak
terbilang dan tak terkira datangnya serta dipermudahkan penghidupannya
sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti
gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali selepas setiap kali
sembahyang terutamanya selepas sembahyang Jumaat. Sebutlah :
ALLAAHUMMA YAA
AHADU YAA WAAHIDU YAA MAUJUUDU YA JAWAAADU, YAA BAA SITHU YAA KARIIMU YA
WAH HAABU YA DZATH THAULI YA GHANIYYU YAA MUGHNII YAA FATTAAHU YAA
RAZZAAQU YAA ‘ALIIMU YAA HAYYU YAA QAYYUUMU YA RAHMAANU YAA RAHIIMU YAA
BADII AS SAMAWAATI WAL ARDLI YAA DZAL JALAALI WAL IKRAAM YAA HANNAA NU
YAA MAN NAANU INFAHNII MINK A BINAF HATIN KHAIRIN TUGHNI NII ‘AMMAN
SIWAA KA AN TAS FATAFTIHUU FAQA D JAA AKUMUL FATHU INNAA FATAH NAA LAKA
FATHAAM MUBIINAA NASRUM MINALLAAHI WAFAT HUN QARIIB WA BASY SYIRIL
MU’MINIIN ALLAAHUMMA YAA GHAN IYYU YAA HAMII DU YAA MUBDI’U YAA MU’IDDU
YA RAHIIMU YAA WADUUDU YAA DZAL ARSYILMAJIIDU YAA FA’AALAN LIMAA YURIIDU
AGHNINI BIHALAA LIKA AN HARAAMIKA WAGH NINII BIFADLLIKA ‘AMMAN SIWAA KA
WAH FAZH NII BIMAA HAFIZHTA BIHIDH DHIKRA WAN SHURNII BIMAA NAS HARTA
BIHIR RUSULA INNAKA ALAA KULLI SYAI IN QADIIR WASHALLALLAAHU ALAA
SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA’ALAA AALIHI WASHAHBIHI WASALLAM ADADA KHALQIHI
WAZI NATA ARSYIHI WAMI DAA DA KALIMAATIHI WAL HAM DU LILLAAHI RABBIL
‘AALAMIIN.
“Wahai Tuhan
Kami, Ya Allah! Wahai Yang Maha Esa! Wahai Yang Maha Esa! Wahai Yang
Maha Wujud! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Memudahkan! Wahai
Yang Maha Mulia! Wahai Yang Maha Menganugerahkan! Wahai Yang Mempunyai
anugerah! Wahai Yang Maha Kaya! Wahai Yang Maha Mengkayakan! Wahai Yang
Maha Pembuka! Wahai Yang Maha Pemberi Rezeki! Wahai Yang Maha
Mengetahui! Wahai Yang Maha Bijaksana! Wahai Yang Maha Hidup! Wahai Yang
Maha Berdiri dengan sendirinya! Wahai Yang Maha Pengasih! Wahai Yang
Maha Penyayang! Wahai Yang Maha Mencipta tujuh petala langit dan bumi!
Wahai Yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan! Wahai Yang Maha Pengasih!
Wahai Yang Maha Mengurniakan! Kurniakanlah kepadaku daripadaMu dengan
kurniaan yang baik yang menjadikan aku tidak memerlukan kepada selainMu:
”Jika kamu (wahai orang-orang musyrik) memohon supaya diberikan
kemenangan (bagi pihak yang benar) sesungguhnya kemenangan (yang kamu
pohon) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu.” ”Sesunggunya Kami
telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan
yang jelas nyata.” ”Pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat
(masa berlakunya).”
Ya Allah!
Wahai Tuhan Yang Maha Kaya! Wahai Tuhan Yang Maha Terpuji! Wahai Tuhan
Yang Maha Memulakan suatu kejadian! Wahai Tuhan Yang Maha Mengembalikan
suatu kejadian! Wahai Yang Maha Penyayang! Wahai Tuhan Yang Mempunyai
Arasy yang mulia! Wahai Tuhan Yang Melakukan apa yang dikehendakiNya!
Cukupkanlah
aku dengan perkara-perkara yang halal daripada (memerlukan kepada)
perkara-perkara yang haram, jadikanlah aku dengan kurniaanMu tidak
berhajat kepada selainMu, peliharalah aku dengan apa yang telah Engkau
pelihara dengannya al Quran, bantulah aku dengan pertolongan yang telah
Engkau berikan kepada Rasul-rasul, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa
keatas segala sesuatu.” Selawat dan salamNya kepada junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga dan sahabat handai semuanya.
Segala puji untuk Allah Tuhan pemerintah seluruh alam ini.
Sesetengah kitab pula meriwayatkan doa di atas seperti berikut:
Nota: untuk melihat doa di atas dengan
lebih jelas, sila tekan mouse di sebelah kanan dan pilih “view image”
dan kemudian di perbesarkan dengan menekan simbol mikroskop (+) pada
doa tersebut. terima Kasih.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar